Wednesday, November 3, 2010

HARI KANAK-KANAK BES....

Hari ini hari kanak-kanak. Tapi sayang anas dan semua orang pakai baju sukan saya dan kawan saya ja tak pakai baju sukan. Dalam hari kanak-kanak tu ada macam-macam ada, nak tau tak apa,ok ada sinarobik,tarian,nyanyian ben,pakayan beragam,acara persembahan dan macam-macam lagi lah. Yang besnya dapat makan ais-krim,milo,yakult percuma. Tak belajar pulak tu. Bes betul la hari kanak-kanak ni. Kalau ada hari kanak-kanak lagi, adik-adik mesti ceria tau. Oklah kita jumpa lagi,nanti kakak cerita lagi yaa. Bersama dengan yakult.....

HARI KANAK-KANAK....

HARI KANAK-KANAK....

Friday, May 28, 2010

PAK NGAH SAMPAI.....

Waktu pagi saya sekolah. Waktu petang saya main. Semasa saya sedang bermain,ayah panggil saya cepat-cepat mandi, kerana hendak mengambil pak ngah di Tol Senawang Seremban. Semasa pak ngah sudah masuk kereta, pak ngah bagi saya 2 biji buah, iaitu buah jambu batu dan jambu air. Setelah hendak sampai ke rumah, saya tidur bersama pak ngah. Esok pula,saya ingat pak ngah belum nak balik lagi,rupanya dia bersiap untuk balik ke Sabah. Kami bersiap untuk pergi ke Air- port. Pak ngah berjumpa dengan kawannya. Kami lapar kami makan. Selepas itu pak ngah pun per menaiki kapal terbang. Adik saya yang perempuan tu pun cakap bye-bye kepada pak ngah. Kami main mainan kapal terbang. Lepas tu kami pergi ke Tesco untuk membeli baju baby Balqis. Lepas tu kami pun pergi ke rumah Balqis. Selepas sampai ke rumah Balqis,saya adik saya bermain di bilik atas. Lepas tu kami pun pulang ke rumah. Bila sampai ke rumah, saya mandi. Lepas mandi saya tengok tv sekejap, lepas tu saya naik atas untuk mem buat blok.bye-bye jumpa lagi...

Friday, May 7, 2010

Terbang...

Mesti tak percayakan. Semasa itu saya hendak pergi ke makmal komputer. Bila tiba di sana,saya terlupa sesuatu. saya terlupa membawa buku teks sains. Saya pergi bersama Najwa. Masa nak sampai tu saya terbaling saya punya pensel box. Saya baling takla sampai keluar,lepas tu Najwa ambil saya punya pensel box. Saya cuba kejar dia,saya sikit lagi nak tangkap dia tapi tidak berjaya. Entah kenapa tiba-tiba je dia baling. Dia pun cakap'aku minta maaf,lepas tuaku pun maafkan dia.good bye...

Wednesday, April 14, 2010

TAK JADI SEMBUNYI.........

Hari ini saya membeli air tebu 2 ringgit dan keropok lekor 1 ringgit. Ayah saya pula membeli jagung,ayam yang sedap sekali dan lain-lain lagi. semasa pulang dari sekolah,saya makan keropok lekor. Semasa ayah pulang dari rumah saya terkejut tengok ayah sampai. Selepas ayah masuk je dalam rumah,saya cepat-cepat sembunyikan makanan itu. Selepas ayah sudah masuk ke dalam rumah,saya buat-buat macam saya ni tak beli makanan lansung. dia pun tersengeh-sengeh,saya ingatkan ayah tersengeh-sengeh sebab apa rupanya,ada satu tempat yang dia belum cari,di dalam tudung salji yang dia belum cari,dia pergi ke dapur untuk tengok di dalam tudung salji. Tiba -tiba,saya cakap kepada ayah,eh jangan ayah kat situ mana ada,lepas tu saya tak dapat mengawal ayah. Saya tidak sempat nak cakap,ayah dah boleh nampak makanan itu.dah la saya pun dah penat ni. ok lah kita jumpa lagi esok hari....wassalam...he he...

Tuesday, April 13, 2010

INILAH BLOG SAYA... ANAK-ANAK AYAH DAN UMMI...

Hari ini ayah buatkan kami blog. Ayah suruh kami test dulu. lama-lama nanti pandai la. Oklah saya terpaksa behenti dulu,sebab adik saya yang bernama anas itu dah tak sabar nak main game,tak habis-habis main game,sebenarnya saya pun dua kali lima je,saya pun main juga....! he,he

Thursday, April 1, 2010

kami sayang ayah dan ummi!!!